Tanjung Piai Travel Guide

Aku pi sini sebenanya saja nak bawak my new housemate (rumah sewa kat Tmn U tu..), Ain berjalan-jalan.. Dekat Pontian, ni lah kot salah satu tempat yang ko boleh bawak orang negeri lain pi berjalan-jalan... Ain asal dari Melaka, actually dia ada wedding kawan dia hari Sabtu kat Benut, tu yang aku ajak dia tido umah aku je despite of ketidakwarasan mood aku hari Sabtu tu hahahaha...


Tanjung Piai ni aku tak pernah pergi pun sebelum ni. Erk. iyalah kan... buat apa aku nak pergi sesaja weh.. Dulu masa Ana datang Pontian, aku ingat nak bawak jugak, tapi tak berani sbb masa tu kitorang nak pi Johor pastu, dengan tak tau jalannya.. satgi kang aku sesat barat Tanjung Piai ke mana, Johor ke mana..


Jadik dengan Ain ni aku redah jelah.. kalau tak bila lagi aku nak ke sana kan? Sesat-sesat jugak kang kita pergi je Kukup lepas tu naik kapal pergi Batam. Eh?


Mari fokus dengan tujuan sebenar.


Tanjung Piai ni lebih kurang 25km dari Bandar Pontian. Camna aku tau? tengok signboard la muahahaha.. Signboard melambak weh, jadik kalau sesat tu aku rasa ada yg tido time bawak keta. Takpun borak tak ingat dunia, sampai tak nampak signboard sikit punya besar. Dekat-dekat nak sampai Kukup, amek lorong belah kiri. Don't worry... ada signboard jugak.


Lepas tu ikut signboard Taman Negara Tanjung Piai. Bila dah masuk jalan kampung (tapi masih bertar), aku pun dok berdebar-debar betul ke nih? betul ke nih? Jalan sikit punya jauh ni... keta tak banyak pun.. rumah pun makin lama makin jarang-jarang. Isk lah.. nak patah balik adalah rugi.


Tapi akhirnya sampai jugak! yeah!





Sebab apa Tanjung Piai glemer? sebab dia adalah penghujung Selatan Benua Asia. Dalam bahasa omputih The Southernmost Tip of Mainland Asia Continent. Jadik apakah yang berada di Utara tanah besar Asia kawan-kawan??? ya betul! Russia!! Dan tempat yang dinamakan The Northernmost Tip of Mainland Asia adalah di Cape Chelyuskin, Russia. Tapi hari ni tak sempat la kot aku nak cover sana sekali hehe...





Parking kena bayar ya. Ikut aku yg kedekut ini, ia adalah boleh tahan mahal. Parking tak berbumbung, pastu ada lecak-lecak sikit. Tapi takda pilihan, ko tak nak bayar parking, ko menapak la 3 kilometer. Oh! lupa nak bagitau, sebelum sampai sini, kita akan lalu Tanjung Piai Resort dulu, dlm 3 km sebelum Taman Negara Tanjung Piai ni. Ha.. situ parking free...







Entrance fee. Bawak budak-budak ramai-ramai cepat sebelum diorang umur 6 tahun!





Mula-mula aku ingat masuk free sebab kaunter ni tutup. Sekali kena bayar kat dalam daaaa....



Meet my new housemate, Ain =)

Akhirnya aku jumpa jugak batu besar belakang tu yang aku cari-cari selama ini huhu..






Tiket. Aku rasa aku nak suggest la kat diorang buat tiket yang pakai kat tangan macam gelang tu.. Baru rasa macam nak masuk Sunway Lagoon ke Genting Highlang ke kan...








Baca tu! baca tu!




Oh! Ain memang suka berlakon, tak kesah je! Bukannya baca pun benda-benda tu!




Di persimpangan di lemma~
Pergi yang 653m tu la kan. Apa kelas pegi 2-3m jer.





Mari kita mula berjalan!





Kalo jalan sorang-sorang pun, ada yang temankan nanti. Ha! Siapakah?!





Nampak takkkkkk??????






Ni kampung depa la kot...





Serius muka. Kalo masuk iklan YES tu mungkin nanti boleh tersenyum lebar.





Atas pokok pun ada, tapi depa tak kacau.. jadik jangan risau.. Dah aku kata depa tak kacau tu janganla pulak ko yang pi kacau depa main kuci kuci geletek geletek ke apa!








Haa... berjalan sambil belajar.. bagus untuk budak-budak sekolah.. Yang dah habis sekolah tapi tak tau jugak boleh la belajar sekali... banyak lagi sebenarnya, tapi aku snap mana yang ternampak je.












Setiap pokok ada definition board dia macam kat atas ni.. tapi aku tak larat nak singgah-singgah baca semua ni. Letih u!





Pastu ada banyak pondok macam ni untuk tempat berehat. Kalo penat pi la duduk duduk dulu..






Pondok-pondok ni ada nama-nama dia. Kalo tetiba air pasang pastu terperangkap kat pondok tu bolehla call emergency bagitau "saya ter stranded di pondok ular bakau! Tolong selamatkan saya daripada ular!" hahahaha...

oh sengalnya aku.



Dah nak sampai! Yeah! Noticed belah kanan tu cerah sikit, tu adalah laut yang terbentang luas. ewah..




Dah sampai!!




Kena lalu ni dulu. Ngeri jugak beb sebab bila ombak kecik datang, air lalu sikit atas tu.. jadi sila jalan laju-laju dan lipat seluar anda dulu.



Kat hujung tu dia ada platform ke dataran atas laut. Aku amek gamba ni dari dataran tu menghala ke tanah darat.





Tak banyak benda atas dataran ni, salah satunya globe ni lah.





Pertembungan dua selat.






Akhirnya.. gamba aku yang low-profile mesti la kena last last hahahahha.. Walaupun masa ni dah petang dalam kul 5 gitu, panasnya adalah berbahang. Habis cair mekap 13 inci aku.. Pastu mana la aku tau kan jauh rupanya kena jalan kaki nak sampai ke dataran ni, aku pakai la heeled biasa aku pakai gi mana-mana tu. Adoii la...



Boleh beli sijil ni kalo nak. RM5 sekeping, selit sekali dengan sijil SPM nanti.




Pesanan ikhlas aku: pakai attire ala2 nak bersenam, pakai sport shoes lagi bagus. bawak tuala lap peluh. bawak kamera. bawak air mineral banyak-banyak tapi masuk dalam beg sorok sorok sikit sbb kat situ takleh bwk masuk outside food.


Akhirnya, habis jugak entri aku.. Penat jugak buat entri panjang-panjang nih.. okeylah... jom pergi Cape Chelyuskin pulak!

Comments

  1. punya la best weis tempat dia..gamak hg x bwk aku...jauh hati aku ni..sobs..sobss....xkira!hg kena belanja aku naik kuda!kuikuikui!

    ReplyDelete
  2. saja la weh aku tak bawak hang, supaya hang datang lagi kat sini! meh! meh! aku belanja tengok kuda! hahahahha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Just Breath

Surveys needed to find alternatives

Movies addicted - Distract me and I loved being distracted