Posts

Showing posts from September, 2010

dia sakit

Sejak baba sakit, apa pun yang dia lakukan, aku berkata pada diri sendiri bahawa “Baba sakit”. Sikapnya kebudak-budakan. Sembunyikan remote Astro. Sembunyikan ridsect. Marah bila di tegur. Depan orang lain, depan kita jadik lain. Paling tak tahan, dia sangat senang benci orang, even without any reason. Marah tiba-tiba. Suara menengking, sepelaung boleh dengar. Dan dia akan pastikan yang orang itu tahu bahawa kehadiran mereka tidak di alu-alukan. Aku yang anak dia ni pun dah banyak kali kena. It broke my heart into pieces.. sangat sedih sebab dari kecik, baba sangat jarang marah aku. Antara kami tiga beradik, aku je yang tak pernah kena dengan rotan baba. Tinggi suara pun jarang. Kalau mak takda kat rumah, tinggal aku dengan baba, baba yang akan masak. Kalau gaduh dengan Mimik atau Ida, baba selalu menangkan aku. Spoilt, aku tahu. Aku berperang dengan perasaan bila baba berubah sikap sejak dia sakit. Berusaha untuk tidak ambil hati. Berusaha untuk memahami. Dan masih lagi berusaha unt...

rojak

entri aku adalah rojak kerana cerita-cerita aku bercampur-campur boleh je nak bagi title random tapi di beri nama rojak memandangkan skang adalah bulan posa dan asek teringat makanan adeh la... eh.. awat panjang beno cerita pasal tajuk entri ni? i. Ada satu cerita yang aku sangat suka tengok sepanjang bulan posa ni. Dia punya addiction sama macam masa aku tengok citer Nur Kasih dulu. Tajuknya adalah Syurgamu Ramadhan, sebenarnya kuar tv kul 10.30 mlm, tapi aku selalu tgk yg ulang kul 4.30 pg tuh. Kadang-kadang repeat lagi pun takpe. Ceritanya best, pelakonnya best dan lagunya adalah lazaaatttttt... penyanyi tak brp kenal, tapi best la, kena dengan citer. pelakon ada yg baru ada yg lama, tapi semua pun berlakon sgt best. ellie suriati ngko, bawak la watak apa pun, jadik aje. Yang budak2 tu pun ok sangat.. Citernya banyak scene sedih, jadik kekadang tu mengalir air mata aku pepagi buta sambil suap nasik dalam mulut. huhu.. hei, aku menghayati cerita dengan baik tau!! ii. Skang kan tgh...