anjakan paradigma?
Perubahan hidup dari satu state kepada state yg lain.. aku mengalami lagi corak kehidupan yg berbeza dari yg sebelumnya. Pada pendapat aku la kan.. berdasarkan pengalaman, dari setiap penghijrahan yg berlaku, aku akan mengalami bermacam-macam perasaan yg kebanyakannya adalah negatif.. sedih, tertekan, kepayahan utk menyesuaikn diri & ketidaksediaan aku utk berhijrah. Tapi sebenarnya setiap penghijrahan itu lebih mematangkan aku & mengajar aku erti hidup berdikari. First time aku mengalami perubahan hidup masa aku mula2 dok asrama.. form 1, masa aku berumo 12 tahun. aku anak bongsu dlm family, so.. tau2 je la kan... aku sgt bergantung pd mak. Tinggal b'jauhan dgn mak merupakan satu kepayahan buat aku. hari pertama tidur kat katil double-decker tu aku menangis sampai tertido. Tiap2 minggu aku balik kampung dgn macam2 alasan bg kat warden. lama kelamaan bila aku start dpt geng sndiri, baru aku kurangkn aktiviti balik kmpng tu. tu pun tiap2 minggu mak ngan baba akan dtg melawat...