Posts

Showing posts from September, 2007

Kerja dan Kereta

Sekarang aku tengah dalam proses untuk transfer ke Johor. Alasannya? senang sket ati aku duk dgn mak ngan baba kat kampung tu.. Baba tgh sakit, mak plak mesti penat jaga baba siang mlm.. Seb bek senang gak aku pny p'mohonan mintak transfer ari tu. Strong reason n unquestionable. Susah nak argue.. sebabnya.. apa2hal pun, family first. betul tak? InsyaAllah maybe bln 11 kot aku transfer ke sana. Pontian dah penuh, so dia campak aku kat Skudai. Tak kesahla, asal namanya dok johor. So, skarang ni, keinginan aku nak bli keta auto sangatlah membuak2.. Aku bukannya berani nak bawak keta manual mak tu.. nak bawak sampai johor lak tu. Lagi kalo kena redah jem.. huhu... Tapi sebenanya kalo beli keta maknanya duit gaji aku memang tinggal ciput sangat. Dengan minyaknya, bayar bulan2 lagi.. segala servis yg berkaitan. Tolak2 kang mau tinggal separuh je gaji aku yg sememangnya sket tu. Lagi2 bila beridamkan keta MyVi metallic.. SE plak tu. Isk.. cenggane nih.. Dan sementara nak tunggu transfer n...

Our Little Nurin

Skarang satu Malaysia tgh mengamuk dgn pembunuh kejam si comel Nurin Jazlin. Baru 8 tahun tapi kesakitan yg dia tanggung sebulan terakhir dlm hidup dia hanya Allah yang tahu.. Kenapa ya wujud makhluk2 berhati syaitan macam tu? Sekejam kejam cara dia buat kat budak kecik yang tak tahu apa2.. Bila kat ofis, kat rumah or kat mana2 singgah melepak, selalunya isu Nurin jugak yang muncul. Dari sesopan ayat sampai makian darjah tertinggi, semuanya mengharapkan pembunuh keji tu akan dibalas dengan setimpal timpal balasan. Emosi memang membuak buak, mata berkaca kaca bila menatap raut wajah si kecil yang comel, yang lebih disayangi oleh Allah dan ditamatkan segala penderitaan yang dialaminya. Isu ni memang diberikan perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia, mengatasi mana2 cerita yang ada. Selagi pembunuh tidak ditangkap dan diberikan hukuman, rakyat sentiasa dahagakan berita mengenai si pembunuh. Apapun, aku agak terkilan dgn sikap segelintir media yg agak suka memutarbelitkan cerita, menyentuh ...

Bila ujian datang...

Image
Bila dugaan melanda, pertama yang terlintas dalam benak aku.. "Kenapa aku?.." Itulah tanda aku belum lagi menjadi seorang hamba yang ikhlas mensyukuri setiap nikmat dari-Nya. Setiap rasa kesal dan kecewa adalah tanda aku sebenarnya belum menjadi hamba yang benar2 beriman pada Penciptanya. Hari yang sepatutnya paling membahagiakan dalam hidup aku, telah aku lalui dengan bermuram durja. Semangat dan keterujaan aku untuk menjayakan hari kecemerlangan hilang dan tawar kemanisannya. Sedihnya hati bila dikhabarkan baba diserang stroke padahal dia berjanji untuk menghadiri pesta konvokesyen aku yang dijadualkan keesokan harinya. Baba berada di kampung, aku pula di rumah makcik di Bangi. Semua perasaan bercampur baur; sedih, resah gelisah, kecewa, terkilan. Yang penting, perasaan gembira & teruja kerana bakal menerima scroll lenyap dimamah berita derita. Mata bengkak. Aku hadir menerima scroll dengan baju yang tidak bergosok. Setiap saat didalam dewan megah itu, airmata sentiasa ...