Peaches Custard Tart





Ni lagi satu percubaan tak sedar diri aku.. hehehehe...

Sebelum tu.. mana2 'experiment' yg aku labelkan jugak as 'info', maknanya tu aku dah kategorikan melepasi tahap piawai aku.. bolehla kalo ada org nak try jugak.... kot tak, maknanya itu hanyalah bertujuan untuk menceritakan pengalaman aku dalam proses pembuatan tersebut.. kena buat banyak kali & banyak lagi aku kena improve sebab aku betul-betul buta mem bake cake ya, langsung suka-hati-campur-pukul-bolehlah-nih!



Okes, yang ni aku amek kat blog Akak TTM, dia buat guna buah berry, tapi aku guna buah pic dalam tin tu jer.. banyak sangat bahan yang aku takda hehehehe... kata pun try-try jer... Nanti kalo dah perasan terer aku carikla buah berry itu...

Pastry Base
200g butter, lembutkan dulu
1/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum, ayak
1/2 cawan kelapa parut kering. --> ni salah satu bahan yang aku takde.. aku rasa sebab dia takda lah dia jadi dia sedikit muak huhu...


1. Pukul butter dgn gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dgn kelapa parut, kacau rata.
3. Ratakan dalam baking pan. Alas dulu dgn baking paper
4. Bakar pada suhu 180C selama 12-15 minit.
5. Sejukkan 10-15 minit.


Topping

2 biji telur
2 biji kuning telur
1/3 cawan gula kastor
1 3/4 thickened cream
3/4 cawan susu
1 sk serbuk buah pala --> ni juga tiada..
sedikit icing sugar untuk diayak atas custard nanti bila dah masak. --> ni pun aku takda..
450g Mixed Berries/Strawberries --> Aku guna peaches. Sabo je la.. sukati je aku rosakkan resepi orang..


Ni rupa thickened cream setelah puas aku meronda mencarik mende nih.. Rembat je la, janji halal.




1. Pukul telur, kuning telur dan gula pakai whisk dgn mengggunakan tangan.


2. Masukkan thickened cream dgn susu. kacau rata.


3. Tabur peaches atas pastry base tadi.


4. Gunakan penapis, tuangkan campuran custard ke atas peaches.


5. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. --> aku terover lagi... hampeh!


6. Selepas masak, biarkan dlm 10-15 minit, kemudian taburkan serbuk buah pala dan icing sugar. --> tarak!


Tak semenggah sungguh tart aku nih.. dengan kertas minyak terpele'ot sana terpele'ot sini..
















Ianya terlebih masak huhu... dia jadik keras. Patutnya lembik je... Pastu buah pic tu sikit lagik jadik hancur.. ish..





Comments

  1. OMG!!!!blog hg dah jadik menu baru aku niiihh!!!hebat!

    ReplyDelete
  2. weh hobi baru aku ni makin mengembangkan aku! bahaya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Just Breath

Surveys needed to find alternatives

Movies addicted - Distract me and I loved being distracted