A year

16 Julai 2008


Selamat ulangtahun bekerja yang pertama.

Wah.. dah sethn aku kerja ea.. tak sangka plak.. Dlm kekalutan aku nak prepare mental aku dgn dunia pekerjaan, dah setahun aku kat dlm dunia nih.. prepare apenya.. kalo aku asyik kata tgh prepare.. maknanya tak b'sedia sampai bila2 lah aku.. just live with it n improve while u can! ok nana? =)

16 Julai 2007 adalah hari isnin, hari p'tama aku b'kerja.. betul2 bekerja.. bukan kerja lps SPM, bukan praktikal, bukan part time. Sepatutnya jadi sejarah dlm hidup aku.. sepatutnya aku sgt b'semangat, excited atau paling tidak pun adalah sket rasa happy masa aku melangkah nak gi kerja tu..

Malangnya, minah kelam kabut cam aku ni memanglah hampeh.. aku tak biasa dgn keadaan yg tak sistematik.. i live on a routine. B'tukar sket jadual hidup aku, aku rasa tak selesa. I need a room which is exactly in a control. I can't stand multiple extreme event in my life, which seek my utmost attention at the same time. Ya, aku tau aku memboringkan.. huhu.. but again, this is me. This is who I am.

Masa diberitau aku kena report duty 16 hb, aku ada mintak delay sampai 19 hb. Lagipun dia cuma call, takder surat hitam putih p'lantikan apa2 jwtn.. Tapi tulah.. budak hijau cam aku ni.. kena gertak2 sket takutla.. aku ingat lagi masa tu caller tu kata.. "oh, takpelah.. kalau awak nak delay takpe. Tapi nanti kalau kawan2 awak naik pangkat cepat awak jangan la tanya kenapa." Aku terus setuju. It's not about the pangkat. Aku rasa tak sedap hati bila dia kata gitu.. Rasa tak best. Belum start keje dh ada org pikir yg tak best pasal aku, org dah nak bagi keje aku nak delay2 kan plak..

Tapi sebenarnya aku bukan suka2 nak report duty lambat.. dia bagitau lambat sangat.. hari jumaat gitau, hari senin tu dah kena datang keje. Aku pulak masa tu tgh sibuk nak driving test. hari Isnin petang tu aku ada kelas memandu, the very last 2 hours before the test. Kelas tu memang dah ditetapkn awal2, nak tukar2 last minit susah la, lagipun test aku hari rabu 18 hb, kalo nak postponed pun tinggal hari selasa je. Hari selasa pun aku keje 8.30-5.30, masa bilanya aku nak gi klas?

So, aku pegi gak keje ari senin tu, masuk2 je aku gitau bos aku kene keje half-day. Tuhan je tau punyala cuak masa aku mintak tu.. Selamba badak air je aku mintak setengah hari pada hr pertama aku bekerja. Seb bek bos aku cam ok.. masa tu aku selit skali la yg aku dah cuba discuss dgn HR aku nak masuk lewat sket tp HR tak bagi.. Masa dia dh bagi green light tu aku mintak lagi cuti utk driving test hari rabu.. He smiled n said.. " U know... U better pass that test.." Errkk...

Pastu masa tu sebenanya aku tengah sebuk cari umah sewa. Dpt short notice, mana sempat nak carik umah. So utk minggu2 terawal aku dok menumpang kat bilik ex-roommate aku, pipah. Kat ex-room aku gak, bilik D2.8 yg terchenta tuh.. aku dok bilik ni 5 semester, confirmla aku ada duplicate kunci dia kan.. Aku sian kat pipah sebab menyempitkan lagi bilik yg sedia sempit tu... Walaupun dia kata tak kesah, tp aku yg kesah sbb aku tau dia tak selesa n bebas, aku lagi la tak selesa.. Biasala, balik keje mestila rasa penat.. rasa nak melepak je.. Mana bole aku balik bilik orang pastu suka2 terlentang atas katil.. Nak bentang toto rasa cam cepat sgt la plak.. Nak matikan lampu cpt2 sbb esok nak bangun pagi pi keje lagila tak bole, budak tu sah2 nak buat assignment, nk baca buku segala.. Di tambah lagi dgn jelingan manja committee block yg tau aku dah habeh study dan sepatutnya dah takder kat situ.. lagi m'buatkan jiwa aku gundah gulana.. kalo kantoi pipah yg teruk kena..

Kalau diberi pilihan, aku nak buat step by step. Aku nak habiskan driving test aku, nak carik umah, pindahkan barang pastu baru start keje. Aku taknak hari pertama aku gi keje dgn perasaan maha kacau nak bagitau bos yg aku kena balik tengahari tu pastu nak cuti lusanya.. Aku taknak gi kerja dgn tangan aku seram sejuk teringat ingat dengan driving test aku yg menakutkan tu.. aku taknak rasa susah hati nak pikir alasan bila warden block tiba2 datang ambush n tanya apa yang aku buat kat dlm bilik pipah dgn beg2 besar tu.. Tapik tulah, pilihan tak selalunya berada ditangan kita. Kadang kadang, utk merebut peluang yang datang, ada benda lain yang kita kena korbankan.. Kalo tak korbankan pun, mungkin tak sesempurna yang kita impikan..

Comments

Popular posts from this blog

Just Breath

Surveys needed to find alternatives

Movies addicted - Distract me and I loved being distracted