Ayat-Ayat Cinta

Aku nak komen sket pasal Ayat-Ayat Cinta yang dah dikomen oleh Anna kat sini. Antara novel, filem dan lagu yang mempunyai tajuk yang sama ni, aku lebih dulu dengar lagunya, kemudian baca novelnya dan barulah aku tonton filemnya. (erk.. rasa cam buat entri slang bahasa indon lak).

Lagunya.. secara jujur, sedap didengar.. tapi entah kenapa aku takde keinginan nak dgr lagu ni berulang kali cam aku dengar lagu Matahariku (Agnes Monica). Lagu Matahariku, pada pendapat aku, cukup semua kriteria untuh sebuah lagu sedih, suara sayu dan hiba dia dan irama lagu yang mendayu-dayu. Lagu ayat-ayat cinta plak memang sedap gak, tapi mungkin dia nak jaga sangat cerita ala padang pasir tu, aku rasa cam suara dan melodi dia kaku sket. Wah! Jadi pengkritik la plak kan.. Ni cuma pendapat persendirian aku je... lain orang lain citarasanya..

Novelnya... novel yang berat. Bahasanya berat, jalan ceritanya berat. Novel ni aku tak boleh baca selang-selang sebab aku tak boleh teka endingnya macam mana, tak macam kebanyakan novel melayu Alaf 21 sekarang. Aku tak boleh habiskan novel ni dalam sehari, tak macam novel lain yang boleh dihabiskan dalam masa beberapa jam. Ceritanya penuh dengan term-term & phrase bahasa arab, selang bahasa jerman sket, nama bangunan, nama masjid, nama jalan, nama syeikh2, nama imam2 di tulis seolah olah cerita ni benar2 berlaku, bukan rekaan. Dialognya bersahaja, situasinya terperinci, susunan ayatnya tak berterabur, pun begitu, bukanlah novel yang senang difahami. Kalau tak kena gaya, boring jugaklah nak habiskan novel ni.




Filemnya... mungkin aku tak patut tengok selepas aku baca novelnya. Sebab aku dah tau selok-belok jalan cerita tu, jadi aku lebih cenderung untuk membandingkan setiap adegan yang ada. Filem dan novel Ayat-Ayat Cinta adalah dua hasil seni yang berbeza. Filem tu dibuat dengan acuan pengarahnya yang tersendiri. Sebenarnya, pengarah filem tu memang awal2 dah gitau dia tak mampu nak buat filem ni sesempurna macam dalam novel, dia tak boleh nak masukkan semua jalan cerita yang ada dalam filem 2 jam. Antara kekecewaan aku, aku pelik kenapa adegan dalam train tu, orang Arab tu boleh tumbuk Fahri & berlalu pergi dgn perasaan marah, sedangkan dalam novel, diorang semua boleh terima penjelasan Fahri dengan baik akhirnya. Aku tertanya2 kenapa pakcik Nurul tu datang jumpa Fahri lepas Fahri kahwin sampai Aisha jeles, tapi dalam novel, pakcik Nurul datang beritahu Fahri yang Nurul sukakan dia beberapa jam sebelum Fahri nikah.



Tapi jujurnya, selain beberapa kepelikkan tu, aku sangat suka dengan filem ni. Aku suka dengan setiap gerak perlahan yang mengusik jiwa, masa taaruf, Fahri turunkan pandangan dia lepas Aisha tunjukkan muka, masa nikah, scene Fahri toleh pada Aisha, pada masa yang sama orang tengah tabur kelopak bunga dari atas (owh.. aku sangat suka jambatan tengah kolam tempat diorang nikah tu), scene Aisha genggam baju Fahri sambil desak Fahri nikah dengan Maria & secara simboliknya bagitahu dia sedang mengandung, scene Maria sedang memandang Fahri yang sedang menolong Noura sambil tersenyum dan beberapa lagi scene lain yang kalo aku tulis, sampai esok la tak habis.


Aku suka dengan watak2 dalam cerita ni, semua ada karakternya sendiri, walaupun cellmate Fahri dalam penjara. Confirmlah kan watak Fahri yang paling aku kagum (aku suka cara Pak Abib mengagumkan orang dengan personaliti Fahri..). Aku suka cara ayat2 Quran & Hadith Nabi dialunkan dalam cerita ni, aku suka dengan susunan ayat2 dalam surat Noura, aku suka dengan turun naik hidup Fahri yang kejap ada diatas seatas2 kayangan, kejap lagi berada di bawah sehina2 manusia, dan bila dia berada di bawah, dia juga seperti manusia biasa yang mempersoalkan kenapa dia yang dipilih utk dugaan sebesar itu & dia juga rasa sedih dan kecewa bila statusnya sebagai student Al-Azhar ditarik balik. Dan, cara dia counter balik perasaan down dia tu secara tak langsung mendidik jiwa2 manusia yang menghayatinya secara mendalam.

Secara logiknya, aku tak pasti sama ada manusia seperti Fahri dan Aisya wujud di muka bumi ini atau tidak pada masa sekarang. Fahri hampir sempurna sebagai seorang Muslim. Cara dia menjaga imannya, cara dia menghormati manusia lainnya, cara dia berhadapan musibah.. cara dia menjalani hidupnya.. semuanya.. membuatkan aku kagum. Semangatnya.. pendorongnya.. motivatornya... hanya Yang Satu. Aku cuma berharap.. kekaguman ini boleh meninggalkan kesan positif dalam diri aku.. Nak ikut 100% tu.. erk.. aku taklah sekuat dan semulia tuh..

Waaa.. kata nak komen sket.. ni komen banyak sangat dah ni..

Comments

  1. nana, aku baru baca novel ni smpi bab 5..huu..tiap hari aku baca 1 bab.filem dia aku tgk separuh jer..aku dah tertido..tp aku ttp bercita2 nk tgk smbungn hak y tertido tu..nnnt aku komen lain..nk g mkn..

    ReplyDelete
  2. sambung2.. make sure ko abehkan..
    abehkan novel, abehkan filem tu..

    tak sabo nak makan femes emes ku ituuu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Just Breath

Surveys needed to find alternatives

Movies addicted - Distract me and I loved being distracted